Abstract

This column is for any kind of reviews, thoughts & tips of mine.



Tajuk: Amsterdam
Penulis: Fahmi Mustaffa
Penerbit: Buku Fixi
Saya teruja mendekati karya-karya Fahmi sejak mula membaca anak sulungnya, Laknat. Seperti Laknat juga, saya percaya Amsterdam bukanlah sebuah idea fiksyen yang biasa-biasa daripada Fahmi. Saya tidak mahu membandingkan antara kedua-duanya, kerana Fahmi menggenggam keistimewaan yang terasing antara naratif Laknat dan Amsterdam. Dan membaca Amsterdam kali ini membuatkan saya mahu terus mengulangi bahawa Fahmi Mustaffa ialah penulis berani dan berahi yang tidak akan mengecewakan pembacanya! Karya-karya Fahmi membuatkan saya berhenti menjadi pembaca yang selamat. 
Terima kasih dan teruskan menulis, Fahmi.